Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah lebih AS$1 juta dihanyutkan Taufan Debby ke pantai

    MIAMI, 6 OGOS – Taufan Debby telah mendarat di Florida kelmarin, membawa angin kencang, hujan lebat – serta 25 bungkusan kokain yang dibalut dengan kemas bernilai lebih AS$1 juta.

    Debby, yang melanda wilayah Big Bend utara negeri itu sebagai taufan Kategori Satu tetapi telah diturunkan kepada ribut tropika, membawa bungkusan dadah itu ke tepi pantai di sepanjang kawasan paling selatan di Florida.

    “Taufan Debby telah meniup 25 bungkusan kokain ke pantai di Florida Keys,” tulis pemangku ketua patrol Peronda Sempadan Amerika Syarikat, Ejen Samuel Briggs II di X.

    Bungkusan dadah tersebut, yang dilaporkan oleh Briggs bernilai lebih daripada AS$1 juta, ditemui oleh seorang penduduk yang baik hati yang menghubungi pihak berkuasa.

    Pada Julai 2023, Datuk Bandar Tampa, Florida juga menemui 31.7 kilogram kokain yang telah dihanyutkan ke tepi pantai di Florida Keys, ketika beliau bercuti.

    Florida Keys, yang terletak di hujung selatan negeri itu, berada berdekatan dengan beberapa negara Caribbean yang berfungsi sebagai hab transit untuk kokain yang diperdagangkan dari Amerika Selatan ke Eropah dan Amerika Utara, termasuk ke Florida. – AFP

    Gambar serahan Peronda Sempadan Amerika Syarikat menunjukkan bungkusan kokain yang ditiup Taufan Debby ke pantai di Florida Keys pada 5 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda