Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dadah: Warga Britain berdepan penjara setahun

    DENPASAR, 25 JUN – Pihak pendakwa raya Indonesia kelmarin memohon hukuman penjara selama setahun terhadap tiga warga Britain yang dituduh atas kesalahan berkaitan dadah di pulau peranginan Bali, satu keputusan yang dianggap ringan bagi sebuah negara yang terkenal dengan undang-undang dadah paling tegas di dunia.

    Jonathan Christopher Collyer, 38 dan Lisa Ellen Stocker, 39, telah ditahan pada 1 Februari selepas ditahan di lapangan terbang antarabangsa Bali dengan 17 bungkusan kokain seberat hampir satu kilogram, menurut rekod mahkamah awam.

    Mereka hadir ke mahkamah bersama Phineas Ambrose Float, 31, yang didakwa sepatutnya menerima bungkusan tersebut dan ditahan beberapa hari kemudian pada bulan Februari.

    Pejabat Luar Negeri Britain turut memaklumkan pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kes tersebut. “Kami sedang memberikan sokongan konsular kepada tiga warga Britain yang ditahan di Indonesia,” kata seorang jurucakap kepada AFP. – AFP

    Dari kiri, Phineas Ambrose Float, Lisa Ellen Stocker dan Jonathan Christopher Collyer semasa perbicaraan mereka di sebuah mahkamah di Denpasar, pulau Bali, Indonesia pada 24 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda