LOMBOK, Indonesia, 28 April – Seorang lelaki New Zealand telah ditangkap kerana dipercayai memiliki dan mengambil dadah di pulau pelancongan Lombok, Indonesia, kata pegawai hari ini.
Dareen Lee Wong, 35, telah ditahan Jumaat lepas apabila polis menyerbu biliknya di sebuah hotel di Senggigi, Barat Lombok.
Polis menemui tiga beg plastik kecil yang setiap satunya mengandungi kira-kira setengah gram metamfetamin dan MDMA, serta kira-kira satu pertiga gram kokain.
“Suspek menyimpan dadah tersebut dalam beg plastik lut sinar dan menyembunyikannya di iPad dalam begnya,” kata pegawai polis antidadah Lombok, Komang Satra.
Wong, yang tinggal di bandar Sydney, Australia telah membawa kurang daripada lima gram, sukatan minimum yang diperuntukkan undang-undang untuk mengenakan hukuman mati kerana menyeludup.
Wong memberitahu polis dia memperolehi dadah itu di Gili Trawangan, sebuah destinasi pelancongan popular di utara Lombok. – AFP

