Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daerah Belait anjur majlis khatam sempena puja usia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 07 OKT – Ahli Jawatankuasa Takmir Bahagian Muslimah Masjid RPN Kampong Pandan, Daerah Belait baru-baru ini telah mengadakan program membaca Al-Quran sehingga khatam bermula dari bulan Januari 2024 yang khusus diniatkan bacaannya agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri sentiasa dalam keadaan sihat dan dalam lindungan Allah SWT.

    Program yang diadakan sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini melabuhkan tirainya dengan mengadakan majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Dayang Hajah Noramalina binti Haji Md Ali, Isteri Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait.

    Antara tujuan program diadakan adalah untuk menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir selain dijadikan sebagai pesambah istimewa kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    Dengan adanya program yang berkebajikan ini, pihak penganjur berharap agar peserta akan dapat menambah cinta kepada Al-Quran, mendapat berkat dan syafaat serta dapat menggandakan amal ibadat dengan sentiasa membaca Al-Quran di samping dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kumpulan dari pelbagai agensi dan menarik lebih ramai golongan muslimah untuk sama-sama sentiasa memakmurkan masjid.

     GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN HAL EHWAL MASJID

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda