Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Daerah Belait giat berlatih sambut keberangkatan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 13 Julai – Latihan-latihan mengemas kini persediaan bagi acara Menjunjung Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Belait sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 bagi Tahun 2017 terus diadakan bagi daerah ini.

Sehubungan dengan itu latihan penuh bagi persediaan acara berkenaan telah berlangsung pagi tadi di Padang Bandaran, di sini.

Hadir meninjau latihan tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-71 bagi Tahun 2017, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

Turut hadir ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN, pegawai Daerah Belait, pegawai-pegawai kanan dari KHEDN dan Jabatan Daerah Belait serta ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 bagi Daerah Belait.

Awang Abdul Mutalib  hadir untuk meninjau latihan penuh bagi persediaan acara menjunjung keberangkatan Baginda Sultan.
Awang Abdul Mutalib hadir untuk meninjau latihan penuh bagi persediaan acara menjunjung keberangkatan Baginda Sultan.
Latihan bagi segmen persembahan berkonsepkan pantomin yang akan disembahkan di hadapan majlis Baginda Sultan pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat nanti.
Latihan bagi segmen persembahan berkonsepkan pantomin yang akan disembahkan di hadapan majlis Baginda Sultan pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat nanti.

Tinjauan tersebut adalah bagi meneliti dan mengemas kini persediaan-persediaan latihan yang diungkayahkan di setiap daerah, khususnya bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Bercemar Duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di daerah ini.

Pada tahun ini, persembahan khas bertemakan ‘Raja Bijaksana Wawasan Negara Perkasa’ dibahagikan dalam tiga segmen persembahan yang berkonsepkan pantomin yang akan disembahkan di hadapan majlis Baginda Sultan iaitu Pidato, Syair dan Sajak serta Persembahan Tatu di mana setiap segmen memberikan maknanya tersendiri bagi menyokong tema pada tahun ini.

Seramai 871 orang menyertai persembahan tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti penuntut-penuntut sekolah, belia dan beliawanis, peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO), pekerja-pekerja swasta serta puak dan masyarakat Daerah Belait.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -