Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daerah dilanda banjir diarah aktifkan jawatankuasa bencana

    KOTA KINABALU, 28 JUN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengarahkan agar semua daerah yang dilanda banjir mengaktifkan jawatankuasa bencana bagi memastikan kawasan terbabit dapat diurus dengan baik.

    Beliau berkata setiap pegawai daerah yang terlibat  perlu bekerjasama dengan semua agensi yang ada untuk memastikan masalah berkenaan dapat ditangani dengan baik.

    “Untuk mengatasi masalah ini terdapat beberapa perkara yang perlu di-utamakan iaitu keselamatan penduduk.

    Kita perlu memastikan semua penduduk di kampung yang terjejas banjir selamat…selain itu kita perlu memastikan makanan mereka mencukupi.

    Kerajaan juga akan memastikan mereka mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi…kerana apabila air tidak mencukupi banyak masalah yang timbul seperti wabak penyakit kolera,” katanya ketika meninjau kawasan banjir dan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, hari ini.

    Mohd Shafie berkata jawatankuasa bencana di peringkat pusat juga telah diarahkan untuk memantau keadaan banjir di semua daerah terlibat.

    “Kita akan pastikan PPS juga berada dalam keadaan yang baik…saya minta agar kesihatan di PPS diberi keutamaan. Saya yakin kita dapat tangani masalah banjir ini dengan baik sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang baik,” katanya. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda