Daerah Polis Temburong bantu tambah bekalan darah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Anggota Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menyahut seruan menambah bekalan darah bagi keperluan pesakit-pesakit di seluruh negara apabila mengadakan kempen derma darah kelmarin.

Seramai 20 orang anggota telah menyertai kempen derma darah kelolaan Kementerian Kesihatan itu, diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Haji Irham bin Haji Muhd Arshad.

Beliau turut menyertai kempen yang berlangsung di Unit Radiologi Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Pekan Bangar, Temburong.

Kempen dihasratkan dapat menyumbang dan menambah bekalan darah di hospital tersebut serta secara tidak langsung membantu pihak atau para pesakit yang amat memerlukan transfusi darah.

Antara anggota Daerah Polis Temburong yang menderma darah semasa kempen tersebut. – Gambar serahan PPDB