ISLAMABAD, 31 JULAI – Kumpulan pelampau Daesh disyaki dalang di sebalik kejadian pengeboman bunuh diri ketika perhimpunan politik semalam, agensi berita Jerman (dpa) memetik pegawai penyiasat Pakistan.
Seorang penyerang bertindak meletupkan dirinya di tengah-tengah perhimpunan parti politik di Bajaur, iaitu kawasan pergunungan berhampiran sempadan Afghanistan yang pernah dikuasai oleh Taliban.
Sekurang-kurangnya 46 orang maut manakala lebih 150 lagi cedera.
Ketua polis wilayah, Akhtar Hayat Khan berkata ujian DNA sedang dijalankan untuk mengenal pasti pengebom berkenaan. – Bernama