Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daesung sedia cari pasangan hidup

    Anggota kumpulan Big Bang iaitu Daesung sudah bersedia menamatkan zaman bujang selepas melihat rakan-rakannya yang lain bahagia bersama keluarga mereka.

    Pengacara program I Am Solo iaitu Song Hae Na mendedahkan Daesung juga menyatakan hasrat untuk menyertai program mencari jodoh tersebut.

    “Baru-baru ini saya ke majlis perkahwinan Se7en dan Da-Hae, ketika itu Daesung mendekati saya dan beritahu mahu menyertai I Am Solo,” katanya.

    Kata Hae Na lagi, Daesung percaya program itu dapat membantunya mencari pasangan hidup memandangkan dia masih belum mempunyai teman wanita.

    Pendedahan tersebut membuatkan peminat teruja memandangkan penyanyi itu tidak pernah terpalit dengan gosip percintaan sepanjang kariernya bersama Big Bang.

    Untuk rekod, I Am Solo merupakan sebuah program yang mana peserta lelaki dan perempuan dipadankan dengan tujuan mencari pasangan hidup. – Agensi

    Daesung sedang cari calon untuk dijadikan teman hidup. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda