Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daftar sebelum tubuh sekolah berkeperluan khas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Organisasi yang berhasrat untuk menubuhkan sekolah pendidikan khas disarankan untuk mendaftar dan menghubungi Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan.

    Ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kepadatan pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah, kerana sekarang mereka juga boleh memilih untuk mengikuti pengajian mereka sama ada di sekolah kerajaan atau swasta.

    Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh menyatakan bahawa setiap pelajar yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan dan bersekolah di sekolah swasta akan dihulurkan elaun tertentu.

    Yang Berhormat Datin berkata sedemikian semasa menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada hari kelapan persidangan MMN di Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau seterusnya mengongsikan, keramaian pelajar bagi kategori PL 1 hingga 5 semakin meningkat.

    Yang Berhormat Datin turut melahirkan setinggi menjunjung kasih atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang membenarkan mana-mana penubuhan institusi kanak-kanak berkeperluan khas untuk berdaftar sebagai sekolah khas mulai 29 September 2021.

    Pelajar yang dikategorikan dalam PL 4 dan PL 5 dibolehkan bersekolah di sekolah swasta yang telah mendaftar untuk menjadi salah sebuah sekolah khas di bawah Kementerian Pendidikan yang akan menjadi sama seperti sekolah swasta yang lain, tambahnya.

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda