Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sesi Mei/Jun 2023 kini dibukakan.
Ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan ini boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan memasukkan teks berikut; MOE<jarak>REGO<jarak>[kod pusat]<jarak>[nombor calon]<jarak>[nombor kad pengenalan calon] dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd dan 39966 bagi pelanggan imagine Sdn Bhd. Tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit.
Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.


