Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daftar SMS untuk keputusan peperiksaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd (Progresif), imagine Sdn Bhd (Imagine) dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat A, AS, O dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sesi Mei/Jun 2025.

    Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan ini boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan memasukkan teks bagi keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat A dan AS sesi Mei/Jun 2025 hendaklah menaip MOE (jarak) REGA (jarak) KOD PUSAT (jarak) NOMBOR CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN CALON.

    Manakala bagi keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat O dan IGCSE sesi Mei/Jun 2025 ke MOE (jarak) REGO (jarak) KOD PUSAT (jarak) NOMBOR CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN CALON.

    SMS tersebut hendaklah dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif dan 39966 bagi pelanggan imagine.

    Ibu bapa, penjaga serta pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan ini mulai esok dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan semasa pendaftaran yang dilakukan melalui telefon bimbit.

    Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa, penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.

    Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung terus melalui nombor 8671355 atau e-mel ke moeresults@machbrunei.com.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda