Duo muzik popular Perancis, DaftPunk akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri selepas hampir 30 tahun terlibat dalam bidang seni.
Kumpulan dianggotai oleh ThomasBangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo ditubuhkan pada tahun 1993 dan merupakan antara perintis muzik tarian elektronik (EDM) yang kini menjadi trend di seluruh dunia.
Persaraan duo itu diumumkan oleh wakil jurucakap mereka iaitu KathrynFrazier.
DaftPunk cukup dikenali kerana tidak pernah mendedahkan wajah sebenar kerana bersembunyi di sebalik helmet.
Sepanjang pembabitan, DaftPunk popular dengan lagu hits seperti OneMoretime, Get Lucky dan Harder, Better, Faster, Stronger.
Duo ini juga pernah memenangi trofi Anugerah Grammy sebanyak enam kali sepanjang kerjaya mereka.
Anugerah Grammy pertama dimenangi mereka ialah pada tahun 2007 menerusi kategori Lagu Elektronik Terbaik untuk lagu Harder, Better, Faster, Stronger serta Album Elektronik Terbaik untuk album Alive 2007. – Agensi