Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dagang FT sertai perlawanan persahabatan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Bagi mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat, pihak pengurusan kelab bola sepak Dagang FT baru-baru ini menyertai perlawanan persahabatan menentang Cbuti Old Star Miri Teachers di Kompleks Sukan Lutong, Sarawak, Malaysia.

    Pasukan Brunei menang 4-0 dalam perlawanan tersebut melalui jaringan Awangku Muhd Emy Akhtiaruddin, Muhd Amni, Muhd Safiuddin Shah dan Hamizan.

    Muhd Khairul Hasmi selaku Ketua Jurulatih Dagang FT telah membantu menguruskan pasukan.

    Manakala, pihak lawan dari Miri terdiri daripada guru-guru yang sebelum ini berpengalaman bermain dalam liga-liga kecil.

    Gambar ramai pasukan pengurusan Dagang FT dan Cbuti Old Star Miri Teachers di Kompleks Sukan Lutong, Sarawak. – Gambar serahan Dagang FT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda