Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dagangan separuh pertama M’sia-Vietnam meningkat

    KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Per-dagangan dua hala antara Malaysia dan Vietnam meningkat 21.2 peratus kepada RM2.34 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding RM1.93 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lepas, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

    Beliau berkata eksport produk komoditi ke Vietnam naik 22.6 peratus kepada RM1.52 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding RM1.24 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada 2016.

    “Prestasi eksport yang menggalakkan pada separuh pertama 2017, disokong oleh eksport produk komoditi utama yang tinggi ke Vietnam, iaitu, minyak sawit (+27.4 peratus) dan getah (+32.6 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pada 2016, jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Vietnam bagi komoditi naik 1.9 peratus kepada RM4.37 bilion berbanding RM4.29 bilion dicatatkan pada 2015. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda