Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daging beruang untuk hidangan cetus kecaman pembangkang

    BRATISLAVA, 28 MEI – Pembangkang di Slovakia mengkritik rancangan untuk menggunakan daging beruang perang buruan bagi tujuan pemakanan manusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Kelmarin, ahli politik pembangkang, Tamara Stohlova dilaporkan oleh agensi berita TASR sebagai menuduh Kementerian Alam Sekitar negara itu telah ‘bertukar menjadi kedai daging.’

    Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman oleh Setiausaha Alam Sekitar, Filip Kuffa, Isnin lalu bahawa daging beruang yang diburu secara sah tidak lagi akan dibuang, sebaliknya dimanfaatkan sebagai makanan.

    “Apa-apa haiwan yang dibunuh dan memenuhi syarat tertentu akan dibenarkan untuk dimakan. Kenapa? Kerana daging beruang boleh dimakan,” kata Kuffa menerusi hantaran di Facebook.

    Beliau turut memaklumkan bahawa agensi di bawah kementerian itu telah mula mengeluarkan lesen yang membenarkan penjualan daging tersebut kepada pengusaha makanan, dengan syarat peniaga perlu membuktikan haiwan berkenaan diburu secara sah. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda