Masakan daging hitam manis menjadi terkenal dengan wujudnya masakan ini dijual dalam bungkusan.
Hanya perlu panaskan sahaja beberapa minit, lalu boleh dimakan. Namun apa salahnya sekali sekala mencuba memasak sendiri dengan kreativiti anda, setentunya lebih enak. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan :
– 1kg daging (dipotong dadu)
– 5 sudu makan kerisik
– Minyak untuk menumis
Bahan Perap :
– 2 biji bawang besar | saiz sederhana (dikisar halus)
– 5 ulas bawang putih (dikisar halus)
– 3 batang serai (dikisar halus)
– 2 sudu makan ketumbar (dikisar halus)
– 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk halus)
– ½ sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk halus)
– 1 sudu makan biji lada hitam
– Sos tiram secukupnya
– Kicap manis secukupnya
– Gula secukup rasa
Bahan Tumis :
– 1 batang kulit kayu manis
– 5 biji buah pelaga
– 3 biji bunga lawang
Cara Penyediaan :
1 – Daging yang telah dipotong digaul sebati dengan bahan perapan. Biarkan selama sejam.
2- Kemudian panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
3- Setelah itu masukkan daging yang telah diperap bersama jusnya dan dikacau rata.
4- Tambahkan air jika daging masih belum empuk. Biarkan mendidih.
5- Kemudian masukkan kerisik untuk memekatkan kuah. Kacau rata dan tutup api.
6- Hiaskan dengan hirisan cili padi dan sedia dihidangkan.
Ayam masak kunyit
Bahan-bahan :
– Ayam
– Serbuk kunyit
– Lada kecil
– 1 batang serai
– 4 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– 1 asam keping
– Serbuk perisa
Cara penyediaan :
1- Bersihkan ayam dan toskan.
2- Tumiskan kesemua bahan-bahan tadi. (Kesemuanya dalam satu acuan).
3 – Setelah bahan tumis tersebut wangi, baharulah masukkan ayam dan kacau.
4- Campurkan air mengikut kesesuaian periuk anda
5 – Akhir sekali, kacau adunan sehingga kuah menjadi pekat.
6 – Angkat dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Ikan masak asam pedas
Bahan-Bahan :
– 3 ekor ikan kembung
– 10 tangkai cili kering (dikisar)
– 4 biji bawang merah (dikisar)
– 2 ulas bawang putih (dikisar)
– 1sm kunyit hidup (dikisar)
– 1sm halia (dikisar)
– 1sm lengkuas (dikisar)
– 1 sudu makan pati asam jawa
– 3 biji kacang bendi
– 500ml air
– Daun kesum secukupnya
– Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1- Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
2- Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
3- Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
4- Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
5 – Angkat dan hidangkan.