Pelakon dan penyanyi Malaysia, Watie Sadali, 48, mendedahkan pernah membuat suntikan filler pada dagu hingga memberi kesan buruk ke atas wajahnya.
Menurut laporan Harian Metro, Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali, juga mengakui kesilapan yang dibuat akibat berfikir panjang ketika itu.
“Saya buat suntikan itu kerana terikut dengan orang lain. Saya pun tidak tahu pusat rawatan kecantikan itu menggunakan produk tiruan hingga dagu saya menjadi panjang seperti ‘ahli sihir’.
“Jadi, saya terpaksa keluarkan semula filler itu apabila keadaan semakin teruk untuk kembali ke keadaan asal,” katanya.
Ditanya kos rawatan pula, kata Watie, membuat suntikan filler tidak mahal berbanding untuk mengeluarkannya dari wajah.

“Saya akui sudah buat kesilapan dulu tapi doktor beritahu, saya bernasib baik sebab buat di bahagian dagu sahaja.
Kalau buat di pipi, muka saya akan berubah menjadi orang lain.
“Hendak buat suntikan kecantikan itu tidak mahal berbanding untuk mengeluarkannya. Ia membabitkan kos seperti buat bayaran pendahuluan untuk beli kereta,” katanya.
Watie juga ingin menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan rawatan kecantikan atau pembedahan kosmetik untuk berjumpa dengan doktor pakar bertauliah.
“Kita patut bersyukur dengan kurniaan dari Allah dan tidak perlu untuk mengubahnya.
“Kalau nak sangat buat muka atau buat rawatan kosmetik, perlu berjumpa doktor pakar atau pusat rawatan bertauliah seperti di Korea Selatan,” katanya. – Agensi