TANJUNG MANIS – Dahulu, Pantai Belawai di sini hanyalah sebuah pantai ‘tersembunyi’ walaupun memiliki keindahan semula jadi, keunikan dan potensi pelancongan, disebabkan ketiadaan jaringan jalan raya yang menghubungkan Tanjung Manis terus dari Sibu. Namun semuanya berubah sejak 10 tahun lepas, apabila jalan darat antara kedua-dua kawasan berkenaan siap dibina dan potensi besar pelancongan di kawasan pantai yang memiliki pasir putih dan bersih itu dapat