Dua tahun naik turun mahkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan (DNNA) atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta. Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, menurut laporan Kosmo. Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed