Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Da’i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail

    Pendakwah selebriti, Da’i Syed mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Hana Ismail yang merupakan personaliti TV Al Hijrah.

    Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, berkata, majlis tersebut berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor.

    “Alhamdulillah majlis berkenaan berjalan lancar di rumah Hana. Syukur segalanya dipermudahkan. Semua berlaku dengan pantas. Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini,” katanya kepada mStar.

    Pada malam Rabu, pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi majlis pasangan berkenaan di Instagram miliknya sekali gus mendedahkan status sebenar hubungan Syed dan Hana yang dikhabarkan sudah bertunang.

    Dalam pada itu, Syed turut memaklumkan mereka akan disatukan sebagai suami isteri dalam masa terdekat namun belum bersedia berkongsi tarikh sebenar pernikahan.

    “Insya Allah, tarikh perkahwinan kami sudah dekat. Nanti saya akan kongsi.

    “Majlis kami nanti akan berlangsung di Kuala Lumpur. Nikah dan kenduri pada hari sama,” jelasnya.

    Syed dalam temu bual sebelum ini mendedahkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka.

    Ketika itu, pendakwah berkenaan hanya memaklumkan majlis tersebut hanyalah pertemuan keluarga selepas dua minggu berkenalan rapat dengan Hana. – Agensi

    Syed dan Hana rancang berkahwin dalam masa terdekat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda