Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Da’i Syed saman individu sebar fitnah

    Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 27, nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wanita yang didakwa menyebarkan semula fitnah terhadap dirinya.

    Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful berkata, dia tidak boleh berdiam diri terhadap dakwaan fitnah yang disebarkan semula itu apabila ia juga dikaitkan dengan keguguran dialami isterinya, Nurul Hana Ismail pada 26 Julai lalu.

    “Dakwaan awal fitnah ini berkaitan dengan kes mahkamah saya yang sudah selesai dan nama pun sudah dibersihkan. Namun, ia diterbitkan semula dan dikaitkan juga dengan keguguran kandungan isteri yang dikatakan kifarah untuk kami. Atas sebab itu, saya rasa tidak boleh berdiam diri lagi dan kena ambil tindakan undang-undang juga.

    “Ia sesuatu yang bagi saya amat melampaui batas. Apatah lagi, hal ini adalah suatu fitnah terhadap saya. Dia juga dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan atas kesedihan dialami saya dan isteri,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel.

    Hadir sama, isteri dan peguamnya, Syed Amirul Syed Edros.

    Syed berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang memfitnahnya dan mengaitkan juga isteri serta keluarga. – Agensi

    Syed ambil tindakan undang-undang terhadap dua warganet yang memfitnahnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda