Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Daihatsu tarik balik lebih 320,000 kenderaan

    TOKYO, 25 JAN – Pengeluar kereta Jepun, Daihatsu menarik balik lebih 320,000 kenderaan dan melanjutkan penutupan kilang kelmarin, menambah masalah yang dicetuskan oleh skandal ujian keselamatan bulan lalu.

    Firma yang dimiliki Toyota itu memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan bahawa ia akan menarik balik sejumlah 322,700 kenderaan dua model disebabkan oleh kerosakan pintu.

    Syarikat itu juga mengumumkan operasi di tiga daripada empat kilangnya akan digantung sehingga 16 Februari, dengan firma itu mempertimbangkan rancangan untuk memulakan semula operasi kilang di Kyoto.

    Langkah itu diambil ketika Daihatsu berkata pada Disember ia telah memanipulasi ujian keselamatan sejak sekurang-kurangnya 1989, menjejaskan 64 model, termasuk beberapa yang dijual di bawah jenama Toyota, yang juga sedang digantung pengeluarannya.

    Pada bulan yang sama, syarikat itu menggantung semua pengeluaran domestiknya.

    Pada April, ia berkata ia telah memalsukan keputusan ujian kemalangan untuk empat modelnya, melibatkan sejumlah 88,000 kenderaan buatan Thailand dan Malaysia pada 2022 dan 2023. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...