Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daimler bakal berdepan kerugian

    FRANKFURT AM MAIN, 29 APRIL – Pembuat kereta Jerman Daimler hari ini berkata syarikat itu bakal berdepan dengan kerugian semasa operasi suku kedua berikutan dengan kesan akibat krisis pandemik koronavirus (COVID-19).

    “Untuk suku kedua, kita melihat kesan sepenuhnya daripada perintah berkurung yang dikenakan di kebanyakan negara dalam usaha untuk mengekang penularan virus, kata pengarah kewangan Harald Wilhelm kepada wartawan dalam satu konferensi telefon.

    “Jumlah keseluruhan akan membawa kepada penjualan yang lebih rendah dan pengeluaran akan dikurangkan secara ketara,” tambahnya.

    Tahun lalu, Daimler mengalami kerugian pada suku kedua kerana terpaksa mengetepikan peruntukan besar untuk menangani isu skandal penipuan pelepasan ‘dieselgate’ yang semakin meluas.

    Sekiranya tinjauan Q2 Daimler sudah disahkan, ini bermakna syarikat pembuat kenderaan Mercedes-Benz itu hanya mencatatkan kerugian dua kali semasa operasi suku tahun sejak krisis kewangan pada tahun 2009.

    Pada Januari hingga Mac, Daimler melaporkan penurunan keuntungan bersih 92 peratus kepada 168 juta euro, ketika penjualan unit menyusut 17 peratus dan pendapatan hanya mencatatkan enam peratus. – AFP

    Gambar fail pada 23 Jun 2015 menunjukkan sebuah kenderaan di kemudahan pembuatan Mercedes-Benz di Berlin. Daimler berkata syarikat itu bakal berdepan dengan kerugian semasa operasi suku kedua berikutan dengan kesan akibat krisis pandemik koronavirus (COVID-19). – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda