Wednesday, November 6, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daiyan Trisha kurang nasib baik dalam percintaan

    Sering gagal dalam perhubungan, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha sedar dia kurang bernasib baik dalam aspek percintaan.

    Kata Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, dia tidak menolak terlalu fokus membina kerjaya sebagai punca masih membujang sehingga kini.

    “Saya rasa tak berapa bertuah dalam percintaan, mungkin sebab saya terlalu bercita-cita tinggi dan kuat berkerja. Sebab saya memang meletakkan impian nak betul-betul berjaya dalam kerjaya seni,” katanya kepada mStar.

    Selesa hidup bersendirian, Daiyan enggan bercinta hanya kerana mahu memenuhi kata hati semata-mata. Sebaliknya, dia tidak mahu terburu-buru kerana yakin akan dipertemukan dengan lelaki yang tepat suatu hari nanti.

    “Saya tak mahu bercinta hanya sebab saya perlu dan nak bercinta. Orang selalu tanya saya, rumah besar-besar tapi saya duduk sendirian. Saya tahu saya keseorangan tapi lebih baik begitu daripada berada dalam hubungan tetapi tetap rasa sunyi.

    “Saya percaya jodoh saya akan datang. Saya akan tunggu yang paling tepat untuk saya,” ujarnya.

    Sementara itu, Daiyan mengakui dia lebih suka merahsiakan hubungan cinta dan identiti pasangannya atas alasan mahu menjaga kesihatan mental. Tambahnya, dia enggan terlalu bercerita mengenai kisah cinta yang masih belum pasti pengakhirannya.

    “Dari dulu saya memang tertutup mengenai hubungan cinta. Orang memang tahu tapi tak tahu siapa pasangan saya. Saya rasa ia lebih baik demi kesihatan mental saya dan baik juga untuk hubungan cinta kami. Sampai dia ‘lock’ saya, contohnya nak kahwin, barulah saya akan dedahkan,” ujarnya. – Agensi

    Daiyan selesa hidup bersendirian.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda