Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Daiyan Trisha tunjuk bukti sumbangan ke tabung Palestin

    Selepas namanya muncul dalam senarai boikot susulan gerakan Blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil membersihkan namanya selepas didakwa antara selebriti menjalinkan kerjasama dengan produk pro Israel.

    Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, menjelaskan dia tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.

    Apa paling penting kata Daiyan, Allah mengetahui apa dilakukan dan meminta maaf jika caranya tidak bertepatan jangkaan orang ramai.

    “Allah tahu. Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing. Reda Allah, Dia sahaja yang tahu.

    “Saya tidak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan apa yang awda mahukan,” katanya yang dikongsi mStar.

    Daiyan tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin. – Hmetro

    Daiyan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastorynya semalam.

    Pada hantaran tersebut, Daiyan turut berkongsi resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin menerusi empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di bumi bergolak itu.

    Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.

    Dalam pada itu, Daiyan memberitahu dia terima dengan hati terbuka semua kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

    Namun kata Daiyan, ia tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang di Palestin. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda