KOTA KINABALU, 1 MAC – Aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang ditangguh sejak 13 Jan lalu akan dibenarkan semula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari.
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah atau Taman-Taman Sabah (TTS) memberitahu perkara tersebut melalui kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.
Bagaimanapun, para pendaki dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
“Pendakian itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) antaranya pendaki perlu mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan ujian saringan COVID-19,” menurut TTS. – Bernama