Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dakwaan jangkitan cacar monyet palsu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Dakwaan seorang penduduk yang dijangkiti virus cacar monyet atau monkeypox di Negara Brunei Darussalam dan tersebar luas di media sosial adalah tidak benar.

    Kementerian Kesihatan mengesahkan perkara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Maklumat palsu itu memaparkan sekeping gambar menunjukkan tanda-tanda jangkitan cacar monyet pada diri seorang penduduk tempatan.

    Sehubungan itu, kementerian mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai mesej yang disebarkan di media sosial tanpa mengesahkan kesahihannya dan berhenti mengongsi mesej tersebut kepada orang lain.

    Kementerian turut menekankan adalah menjadi satu kesalahan bagi menyebarkan maklumat palsu di bawah Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34, iaitu sesiapa yang sama ada menggunakan sebarang cara menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjarakan tiga tahun dan denda sebanyak $3,000.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda