Friday, January 31, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dakwaan orang ketiga tinggalkan kesan bagi Ahirine Ahirudin, jawab hubungan dengan Zizan Razak

    Pelakon Malaysia, Ahrinie Ahirudin memberitahu dakwaan orang ketiga dalam perkahwinan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle meninggalkan impak besar dalam kehidupannya.

    Memetik dari mStar, Ahirine, 27, berkata, meskipun sudah menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah rumah tangga pasangan itu namun kontroversi itu masih menjadi sebutan di media sosial.

    “Saya okay tapi tak boleh nak hentikan orang yang bercakap mengenainya di media sosial, isu itu ‘melekat’ meskipun sudah menjelaskan kedudukan sebenar.

    “Hubungan saya dengan Farid tiada masalah malah pernah terserempak dengan Diana di sebuah acara dan kami okay sahaja… saya mendoakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

    “Dari segi emosi memang terganggu tapi buat masa ini Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan tidak terjejas disebabkan isu yang berlaku,” katanya kepada mStar.

    Sementara itu, Ahirine turut menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan Razak tidak lebih sekadar kawan biasa selepas video mereka hadir ke sebuah perlumbaan kereta tular di media sosial.

    “Ramai komen bila saya muat naik video dengan Zizan tapi nak cakap ada hubungan dengan dia memang tak sebab kami kawan… tapi akan datang saya tidak tahu,” katanya. – Agensi

    Meskipun sudah menjelaskan Ahrinie Ahirudin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah rumah tangga pasangan itu namun kontroversi itu masih menjadi sebutan di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda