GUWAHATI, India, 3 April – Dalai Lama mengadakan perjumpaan semula dengan pengawal sempadan India yang mengiringi beliau ketika beliau melarikan diri dari Tibet ekoran pemberontakan yang gagal hampir 60 tahun lalu.
Pemimpin agama Tibet berusia 81 tahun itu, yang telah hidup dalam buangan sejak itu, jelasnya penuh emosi ketika beliau memeluk pengawal separa tentera bersara pada petang semalam pada permulaan lawatan ke timur laut India yang telah menimbulkan kemarahan China.
Kedua-dua lelaki belum bertemu sejak 1959 apabila sami Buddha itu melarikan diri dari kampung halaman Himalaya selepas China menghantar tentera ke rantau itu untuk menumpaskan pemberontakan. – AFP