Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dalam diam, rupanya Taecyeon 2PM sudah berpunya

    Ahli kumpulan Kpop terkenal 2PM, Taecyeon kini menjalinkan hubungan cinta bersama seorang gadis bukan dalam kalangan selebriti.

    Pasangan itu dirakam menghabiskan masa bersama di Pyeongchang, Wilayah Gangwon.

    Pihak pengurusan Taecyeon, 51K mengesahkan berita itu namun tidak mendedahkan identiti wanita tersebut mahupun status hubungan mereka.

    “Memang betul Taecyeon sedang menjalinkan hubungan bersama seorang gadis bukan selebriti.

    “Kami perlu berhati-hati dalam membicarakan hal ini kerana ia hal peribadi Taecyeon dan teman wanitanya bukan seorang artis,” kata pihak pengurusannya. – Agensi

    Pihak pengurusan 51K mengesahkan bahawa Taecyeon menjalinkan hubungan dengan seorang gadis bukan daripada kalangan selebriti. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda