Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dalami ilmu pelaksanaan ibadah umrah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai ibadah umrah kepada para jemaah yang bakal berangkat ke tanah suci nanti, At-Taqwa Travel Tours hari ini telah mengadakan praktikal sa’ie bagi bakal jemaah umrah di Budiman Walk, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Hadir menyampaikan taklimat pada sesi praktikal yang disertai oleh 60 bakal jemaah itu ialah Haji Abdul Kahar bin Ali. Beliau dalam taklimatnya antara lain menjelaskan mengenai tatatertib dalam mengerjakan sa’ie dan praktikalnya.

    Aktiviti praktikal seumpama ini diharap akan memberikan kefahaman yang le-bih mendalam kepada bakal jemaah haji apabila melaksanakan sa’ie nanti.

    Selain itu, ia juga merupakan salah satu inisiatif syarikat itu untuk melatih fizikal bakal-bakal jemaah umrah ketika mengerjakan ibadah sa’ie dan persiapan diri sebelum berangkat ke tanah suci di samping dapat mengeratkan lagi hubungan dan mahabbah bersama bakal jemaah umrah yang lain.

    Kumpulan ini akan bertolak ke Madinah dengan menggunakan Penerbangan Diraja Brunei (RB) pada Disember ini.

    Bakal jemaah umrah yang mengikuti pakej At-Taqwa ketika melakukan praktikal sa’ie di Budiman Walk, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda