BRUSSELS, 7 APRIL – Antonio Panzel yang didakwa sebagai penganjur rasuah dalam Parlimen Eropah dibenar meninggalkan penjara dengan syarat tertentu, kata pendakwa raya di Brussels kelmarin, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas kes itu memutuskan Panzeri boleh menghabiskan tahanan praperbicaraannya di bawah tahanan rumah dengan pengawasan elektronik, menurut jurucakap pejabat pendakwa raya.
Bekas Naib Presiden Eva Kaili dan Anggota Parlimen Eropah (MEP) mewakili Belgium Marc Tarabella kekal dalam penjara, katanya.
Panzeri dan seorang lagi MEP, disyaki menerima rasuah daripada Qatar dan Maghribi sebagai balasan untuk mempengaruhi parlimen.
Defendan juga dituduh melakukan pengubahan wang haram dan menjadi ahli dalam organisasi jenayah.
Panzeri menandatangani perjanjian dengan pendakwa raya pada Januari untuk mendedahkan aktiviti mereka sepenuhnya yang menjadi pengetahuan umum pada akhir 2022.
Rakan kongsi Kaili, Francesco Giorgi dibenarkan keluar dari penjara pada akhir Februari lepas mengikut syarat-syarat tertentu. – Bernama


