MOSCOW, 31 Dis – Penyiasat Rusia semalam telah menahan seorang suspek yang mempunyai kaitan dengan pengeboman di St. Petersburg yang merosakkan sebuah pasar raya dan mencederakan 18 orang, dalam serangan yang diisytiharkan Presiden Vladimir Putin sebagai “tindakan pengganas.”
St. Petersburg, bandar kedua Rusia dan kampung halaman Putin, menyaksikan kejadian letupan dahsyat di sebuah metro pada April dan dijangka menjadi tuan rumah bagi bola sepak Piala Dunia pada tahun hadapan, menimbulkan kebimbangan terhadap serangan yang sama.
“Suspek sedang disoal siasat,” menurut kenyataan jurucakap bagi Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, Svetlana Petrenko.
“Pihak penganjur dan si pelaku yang melancarkan alat peledak pada 27 Disember di pasar raya di St. Petersburg telah ditangkap dalam operasi khas yang dikendalikan oleh FSB,” tambah per-khidmatan keselamatan, menurut agensi berita Rusia, Interfax.
Agensi berita itu memetik sumber yang rapat dengan kes itu mengatakan suspek Dmitry Lukyanenko, 35 tahun, merupakan penduduk di St. Peterseburg dan anggota bagi pergerakan ‘New Age.’
Bom buatan itu diletakan di ruang simpanan di pasar raya di barat laut St. Petersburg pada Rabu.
Seorang wanita hamil merupakan antara mereka yang tercedera akibat letupan itu, yang diakui oleh kumpulan IS. Lapan orang mangsa masih dirawat di hospital.
Keputusan Putin pada 2015 untuk memulakan penceroboh- an tentera dalam konflik Syria yang berpihak kepada Presiden Bashar al-Assad telah menjadikan Rusia sebagai sasaran utama kumpulan jihad. – AFP