KATTANKUDY, 26 April – Kefanatikan Zahran Hashim membawa pedang telah lama mencetuskan kebimbangan di Kattankudy, bandar pantai timur yang lengang, sebelum pendakwah itu menjadi lelaki paling dikehendaki di Sri Lanka ekoran serangan berani mati dahsyat pada hari Easter Ahad lalu.
Hari ini presiden negara itu mengumumkan bahawa Hashim telah mengetuai dan mati dalam serangan ke atas Hotel Shangri-La di Colombo – salah sebuah dari tiga hotel dan tiga buah gereja yang menjadi sasaran pengebom yang memakai beg galas berisi bahan letupan.
Pendakwah itu telah mengetuai kumpulan pelampau Islam yang dituduh melancarkan pengeboman itu yang telah mengorbankan lebih 250 orang.
Dia dipaparkan dalam video yang dikeluarkan kumpulan IS ketika kumpulan itu mengaku bertanggung jawab. – AFP
