Thursday, April 3, 2025
25 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Daler Yusuf bakal timang anak keempat

Pelakon Daler Yusuf menjelaskan isterinya iaitu Sakinah Burikul tidak hamil anak kembar seperti disangka sesetengah pihak.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, berkata, kapsyen pada hantaran di Instagram sebelum ini yang memberitahu dia akan menjadi bapa kepada lima anak adalah kecuaian sendiri.

“Oh tidak, sebenarnya isteri sedang hamil anak keempat dan bukannya anak kembar.
“Patutlah saya dapat ucapan tahniah dapat anak kembar, rupanya saya tersilap tulis pada kapsyen di Instagram,” katanya ketika dihubungi mStar kelmarin.

Sebelum ini, Daler menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur kerana bakal menjadi bapa kepada lima cahaya mata.

Susulan itu, ramai berteka-teki kandungan isterinya itu adalah kembar memandangkan Daler kini mempunyai tiga orang anak.

Jelas pelakon itu, dia dijangka bakal menimang cahaya mata keempatnya itu pada April depan.

“Anak keempat ini adalah lelaki. Sekarang sudah enam bulan dan isteri saya insya-Allah akan melahirkan anak pada April depan. Doakan semoga dipermudahkan,” ujarnya.

Sebelum ini pada 27 Disember lalu, Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia sebenarnya telah berkahwin dengan Sakinah sejak 10 tahun yang lalu. – Agensi

Daler bersama tiga anaknya. – mStar
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda