Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dallas tunduk di tangan Warriors

    SAN FRANCISCO, 27 MEI – Klay Thompson menjaringkan 32 mata bagi melayakkan Golden State Warriors untuk mara ke pusingan akhir NBA buat kali keenam dalam lapan musim setelah mengalahkan Dallas 120-110 kelmarin.

    Warriors memenangi perlawanan akhir tujuh terbaik Western Conference 4-1 dan akan memburu kejuaraan pertama sejak 2018 pada perlawanan Jun nanti menentang sama ada Boston Celtics atau Miami Heat.

    “Untuk kembali semula di pentas akhir ini adalah sangat istimewa bagi kami semua,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr. “Ia suatu perasaan yang agak menakjubkan. Sangat sukar untuk ke peringkat akhir. Ia meletihkan, banyak tekanan dan penuh dengan emosi,” tambahnya.

    Golden State memenangi gelaran NBA pada 2015, 2017 dan 2018 dengan menewaskan Cleveland Cavaliers yang diketuai oleh LeBron James tetapi tewas pada pusingan akhir 2016 dan 2019 dan menghabiskan dua musim lalu membina semula rekod tersebut.

    Thompson, melengkapkan kebangkitan semula yang menakjubkan selepas terlepas dua musim dan pemulihan kecederaan yang lama dengan jaringan 12-of-25 dan 8-of-16 dari jarak three-point.

    Manakala Andrew Wiggins menjaringkan 18 mata dan meraih 10 rebounds untuk Warriors manakala Draymond Green menambah 17 mata dan sembilan rebounds. Pemain simpanan Jordan Poole pula menjaringkan 16 mata dan Curry menambah 15 mata dan sembilan rebounds.

    Warriors tidak pernah tewas dalam perlawanan play-off di tempat sendiri musim ini.

    Ia akan menjadi rekod keenam berturut-turut ke pusingan akhir NBA untuk Thompson, yang terlepas keseluruhan kempen 2019-20 selepas pembedahan lutut dan sepanjang musim 2020-21 dengan tendon Achilles yang koyak. – AFP

    Aksi Klay Thompson (kiri) dari Golden State Warriors semasa permainan kelima pusingan akhir Western Conference play-off NBA 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda