PRAGUE, 25 SEPT – Pemain pertahanan Diogo Dalot menjaringkan dua gol ketika Portugal menewaskan Republik Czech 4-0 di Prague pada Sabtu untuk mencapai satu mata untuk mara ke play-off Liga Negara-Negara UEFA.
Portugal, yang memenangi edisi pertama Liga Negara-Negara pada 2019, mendahului Kumpulan 2 dengan 10 mata, dua mata di depan Sepanyol yang dikejutkan oleh Switzerland setelah tewas 2-1 di tempat sendiri pada hari Sabtu.
Portugal menerima kunjungan Sepanyol Selasa depan dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka.
Dalot membuka tirai jaringan pada minit ke-33 apabila dia menewaskan penjaga gol Czech, Tomas Vaclik hasil daripada hantaran Rafael Leao.
Dalot memecut ke bawah padang, menghantar bola ke kanannya dan meluru ke dalam kotak untuk mengambil hantaran Leao dari kiri berikutan hantaran silang yang dibolosi tipis oleh Cristiano Ronaldo.
Bruno Fernandes menjadikan kedudukan 2-0 pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila Mario Rui mendapati dia berdepan Vaclik dengan hantaran silang rendah dari kiri. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/09/P22-B_26092022.jpg)