Thursday, February 13, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    D’Amazing KBT johan dart

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – D’Amazing KBT LBK yang diwakili oleh Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Matarsad dan Awangku Mohd Hamdi bin Pengiran Masshor sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang pada peringkat akhir pertandingan dart dan menjuarai kejohanan terbuka Labuan 2023 yang berlangsung selama dua hari, bermula kelmarin hingga hari ini, di Dewan Serbaguna Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Lebih 90 pasukan dari seluruh Borneo turut serta dalam pertandingan tersebut.

    Tempat kedua dimenangi oleh Red Wing Papar manakala KGA ‘A’ dari Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga. Sementara itu, acara perseorangan wanita telah dimenangi Viviana dari Sabah selepas menundukkan rakan senegaranya, Erika.

    Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Presiden Dart Labuan, Suali bin Tuan.

    Penglibatan Pasukan Dart Negara Brunei Darussalam dalam pertandingan tersebut bertujuan menyahut seruan kerajaan ke arah gaya hidup yang sihat dan aktif dalam kalangan peserta dari seluruh Borneo.

    Gambar ramai pasukan D’Amazing KBT LBK bersama hadiah pada pertandingan dart yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini. – Gambar serahan Persatuan D’Amazing KBT Brunei
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda