Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    D’Amazing KBT ONE ungguli pertandingan dart

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Pasukan D’Amazing KBT ONE dari Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Matarsad, Awangku Hamdi bin Pengiran Haji Manshor, Mohammad Fidee Nirham bin Haji Hamjani, Abdul Qahar dan Sahrol sekali lagi mengharumkan tanah air apabila menjuarai keseluruhan acara berpasukan dalam Pertandingan Dart Terbuka Kota Kinabalu yang diadakan baru-baru ini di Dewan Kemasyarakatan Sabah.

    Sebanyak 84 pasukan dari kepulauan Borneo dan Semenanjung Malaysia termasuk enam pasukan dari Negara Brunei Darussalam iaitu D’Amazing KBT ONE, D’Amazing KBT Temburong, MILD Daters, KDKK, KGA dan D Sheild.

    Tempat kedua acara berpasukan ialah DDC IZING S91 dari Sabah dan tempat ketiga menjadi milik Pasukan KGA dari Brunei Darussalam.

    Dalam acara Perseorangan Lelaki, tempat ketiga dirangkul oleh Bakri bin Hamzah dari pasukan D’Amazing KBT mix 13 dan juara bagi acara Persorangan Perempuan keseluruhan jatuh kepada Erika dari Sabah.

    Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Pengurusi Shangri La Tanjung Aru Resort, Dato Edward Dasul.

    Pasukan D’Amazing KBT ONE bergambar ramai bersama Dato Edward Dasul. – GAMBAR SERAHAN PASUKAN D’AMAZING KBT ONE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda