Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Damsyik gesa masyarakat global beri tekanan ke atas Israel

    KAHERAH, 21 JAN – Syria menggesa masyarakat antarabangsa untuk menekan Israel supaya berhenti menyerang orang awam susulan serangan udara rejim itu ke atas Damsyik yang membunuh sekurang-kurangnya lima orang, lapor Sputnik.

    “Syria menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah segera untuk menghentikan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh entiti Zionis terhadap orang awam yang tidak bersalah,” menurut Kementerian Luar Syria dalam satu kenyataan.

    Kementerian itu berkata beberapa orang awam turut terbunuh dan cedera dalam serangan itu.

    Media Iran kelmarin melaporkan serangan udara Israel ke atas Damsyik membunuh lima penasihat tentera Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, termasuk seorang komander perkhidmatan perisikan Pasukan Quds. – Bernama

    Perkhidmatan kecemasan menjalankan tugas di sebuah bangunan yang dilanda serangan udara di Damsyik, Syria, pada 20 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda