Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Dan Ashworth pengarah sukan baharu United

    LONDON, 2 JULAI – Manchester United mengesahkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan mereka yang baharu selepas mencapai persetujuan dengan Newcastle.

    Kedua-dua kelab Liga Perdana itu mengeluarkan kenyataan bersama kelmarin dengan mengumumkan bahawa Ashworth telah dilepaskan daripada kontraknya di St James’ Park.

    Ashworth, yang berusia 53 tahun, digantung oleh Newcastle awal tahun ini selepas dia menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Old Trafford.

    Tiada butiran pampasan telah didedahkan tetapi difahamkan Ashworth akan dapat memulakan peranan baharunya di Old Trafford dan berkuat kuasa serta-merta.

    Kenyataan itu berbunyi, “Newcastle United dan Manchester United telah mencapai persetujuan untuk Dan Ashworth dilepaskan segera daripada kontraknya di Newcastle United.

    “Terma-terma perjanjian ini kekal sulit antara kelab-kelab. Newcastle United mengucapkan terima kasih kepada Dan atas khidmatnya dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depannya.” – AP

    Gambar fail bertarikh 20 Mei 2019 menunjukkan Dan Ashworth semasa menghadiri sidang akhbar. Manchester United mengumumkan pelantikannya sebagai pengarah sukan pada 1 Julai ketika pemilik bersama baharu Jim Ratcliffe terus membentuk semula kelab itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...