KUALA LUMPUR, 30 Sept – Sebahagian pelabur antarabangsa baru-baru ini dilihat mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk keluar dari pasaran pesat membangun, dan perubahan kecil dalam aspek ini mendorong aliran masuk dana asing secara perlahan namun berterusan.
Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata sesetengah daripada pelabur asing tersebut berpendapat bahawa ekuiti dalam pasaran pesat membangun telah dijual secara agresif justeru itu mereka memutuskan untuk kembali semula ke pasaran ini.
“Hasilnya, kita melihat belian bersih asing ketika ini, dengan beberapa pelabur kembali kukuh di pasaran pesat membangun.” – Bernama