DHAKA, 24 JULAI – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) merayu bantuan berjumlah AS$33 juta untuk menyokong pendidikan 300,000 kanak-kanak pelarian Cox Bazar yang didaftarkan untuk tahun persekolahan 2023-24.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan itu, tahun akademik baharu itu menandakan kali pertama kanak-kanak pelarian Rohingya dari semua peringkat umur akan belajar di bawah Kurikulum Myanmar.
Sejak dilancarkan pada 2021, kurikulum formal terbabit telah diperluaskan secara beransur-ansur, dengan gred tiga hingga lima dan gred 10 dibuka semalam buat kali pertama di kem pelarian Cox’s Bazar. – Bernama
