Thursday, January 30, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dana Norway tolak pakej gaji AS$56b Musk

    OSLO, 29 JAN – Individu terkaya di dunia, Elon Musk, mengkritik ketua dana kekayaan kedaulatan terbesar dunia kerana menentang pakej gaji berbilion dolar yang diterimanya tahun lalu, menurut pertukaran mesej antara kedua-dua pihak yang didedahkan kelmarin.

    Hubungan antara Musk dan Nicolai Tangen, ketua Dana Kekayaan Norway, dilaporkan tegang sejak dana tersebut, yang merupakan pemegang saham dalam syarikat kenderaan elektrik Tesla milik Musk, mengundi menentang pakej pampasan besar-besaran bilionair Amerika Syarikat itu pada Jun lalu.

    Bagaimanapun, pakej gaji bernilai sehingga AS$56 bilion itu akhirnya tetap diluluskan.
    Pada Oktober, Musk menolak jemputan Tangen untuk menghadiri persidangan pelabur di Oslo serta majlis makan malam peribadi di kediaman Tangen, dengan alasan kos perjalanan yang tinggi.

    Pada mulanya, Musk memberi bayangan bahawa beliau akan menerima jemputan itu sebelum mengubah keputusannya.

    “Apabila saya meminta satu pertolongan, yang saya jarang sekali lakukan, dan awda menolak, maka awda tidak sepatutnya meminta sebarang pertolongan daripada saya sehingga awda melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan,” tulis Musk dalam mesej kepada Tangen.

    “Persahabatan diukur melalui tindakan,” tambah Musk dalam mesej bertarikh 14 Oktober, salinan yang diterbitkan oleh dana itu kelmarin. – AFP

    Elon Musk ketika menghadiri majlis pelantikan Presiden AS baharu di Washington, pada 20 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda