Dana terbesar kekayaan Norway lebih AS$100 bilion

OSLO, 18 OGOS – Dana kekayaan Norway, yang terbesar di dunia, mengatakan hari ini ia memperoleh lebih dari AS$100 bilion pada separuh pertama ketika pasaran saham melambung tinggi tahun ini.

Negara yang kaya minyak itu melancarkan dana itu pada tahun 1990an untuk melindungi ekonomi dari turun naik harga minyak mentah dan membiayai keperluan masa depan negara kebajikan Norway itu.

Nilainya mencapai 11.7 trilion kroner Norway (AS$1.3 trilion) pada akhir bulan Jun lalu, dengan tiga perempat daripada pelaburannya dalam ekuiti global.

Dana itu mencatatkan pulangan sehingga 9.4 peratus, atau 990 bilion kroner (AS$ 111 bilion), dalam enam bulan pertama tahun ini. Ketua dana itu, Nicolai Tangen, berkata sektor tenaga, kewangan, kesihatan dan teknologi mendorong kenaikannya. – AFP