Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Sejumlah $18,000 telah disumbangkan ke Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) daripada Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Jerambak, pagi tadi.
Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo dan hadir bagi menerima sumbangan berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA bagi pihak DANA, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.
Menurut kenyataan, DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Sekretariat bagi DANA.


