DANA terima sumbangan $51,100

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtdee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) telah menerima sumbangan berjumlah $51,100 daripada Persatuan Fuzhou Shiyyi (Brunei) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini, hari ini.

Hadir bagi menerima sumbangan berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman. Sumbangan dari Fuzhou Shiyyi Association (Brunei) itu disumbangkan oleh 55 buah syarikat termasuk orang-orang persendirian. Antara yang menyerahkan sumbangan di majlis itu, Presiden Fuzhou Shiyyi Association (Brunei) Jackson Ting Jack Hing dari D’Sunlit Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Aifa, Dr Lau Sie Chuong dari Aifa Sdn Bhd.

Dalam pada itu, pihak DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usaha mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di negara ini.

Presiden Persatuan Fuzhou Shiyyi (Brunei) menyerahkan sumbangan untuk DANA kepada Yang Berhormat Pehin.
Presiden Persatuan Fuzhou Shiyyi (Brunei) menyerahkan sumbangan untuk DANA kepada Yang Berhormat Pehin.