Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    DANA terima sumbangan $7,650

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Sebanyak $7,650.00 telah sempurna disumbangkan ke Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua SELAKU Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

    Sumbangan-Sumbangan berkenaan adalahndaripada penyumbang-penyumbang terdiri daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, International Women’s Club, Syarikat Pasar Raya Pertama (Madang), Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB), dan Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TADEKHA).

    Bagi Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu diwakili oleh  Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi @Asbi selaku Pengerusi II Kumpulan (isteri Menteri Hal Ehwal Ugama) menyampaikan sumbangan sebanyak $3,500.00, International Women’s Club Brunei diwakili oleh Ungku Datin Hajag Fanzah binti Ungku Osman, Presiden International Women’s Club Brunei menyampaikan sumbangan sebanyak $1,650.00, Syarikat Pasar Raya Pertama (Madang) diwakili oleh  Mr. Lim Kian Seng, Pengurus Syarikat Pasar Raya Pertama (Madang) menyampaikan sumbangan sebanyak $1,000.00, Badan Kebajikan Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKPYSHHB) diwakili oleh Awang Ahmad Rithaudin bin Haji Sabtu selaku Yang Di-Pertua BKPYSHHB menyampaikan sumbangan sebanyak $1,000.00 dan Tabung Derma Khairat Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TADEKHA) diwakili oleh Awang Ahmad Rithaudin bin Haji Sabtu selaku Ketua Jawatankuasa Pengurusan TADEKHA menyampaikan sumbangan sebanyak $500.00.

    Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh ialah Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri SELAKU Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Turut hadir ialah Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri SELAKU Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Member of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Board of Directors).

    Datin Hajah Nahriah semasa menyerahkan sumbangan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda