Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Sejumlah $678.54 hasil daripada acara walkaton Sekolah Menengah Sayyidina Husain telah disumbangkan ke Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) dalam majlis penyampaian yang berlangsung di Ibu Pejabat, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri pagi tadi.
Sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan ‘Walkathon Bertaja Sempena Penubuhan 30 Tahun Sekolah Menengah Sayyidina Husain 2024’ dan disampaikan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran sekolah berkenaan, Awang Zulidi bin Haji Mahali.
Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi mewakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Mejar (B) Sopian bin Haji Mohammad Yassin.
DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu usaha DANA untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sekretariat bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).
